Sunday, May 20, 2007

Setahun Berlalu...25 April 2006

25 April 2007...genap lah setahun pemergian Tn. Hj. Ayob yang pulang ke Rahmatullah...seorang suami yang di sayangi isteri, seorang ayah yang bertanggung-jawab keatas anak-anak, seorang Atuk yang menyayangi cucu-cucu.
Pada 1 Mei 2007 yang lalu, satu majlis tahlil di adakan kat kampung yang kebetulan pulak ada cuti panjang sikit. Mudah ler urusan kenduri di jalankan. Itu pun tergesa-gesa Pn. Hjh. Sariah balik kampung setelah berada di KL rumah Mama dan Mak Ngah kerana tak berapa sihat sebelum tu.
Alhamdulillah...semua nya berjalan dengan lancar. Cuaca pun cukup baik di sebelah siang dan malam.
Ikuti cerita bergambar sepanjang 2 hari tu...
Mama taking the leading role bab masak-memasak.




Sambil tu sempat gak mengusik Alisya.




Mak Ngah & Nak Lang sibuk menyenduk di dapur...rendang ayam dan udang masak lemak.




Kat depan, Mama & Aunty Marina sibuk menyusun hidangan dalam dulang.


Antara jemputan perempuan yang datang...sedara-mara gak.





Selepas Majlis Tahlil, jemputan menikmati sedikit makan-makan.

Antara tetamu lelaki sedang menjamu makanan.





Anak & menantu MakTeh pun datang.


Dah pulang tetamu...baru ler tuan rumah pulak dapat makan.



Esok tu, 2 May 2007...we all pun ke tanah perkuburan.

Wan, Mama & Mak Lang membersihkan kubur.




Tak ketinggalan, Mak Ngah & Pak Su...Alhamdulillah semua ada sekali.




Pn. Hjh. Sariah mendoakan suami tercinta.


Sempat gak we all ziarah kubur 'onyang' dan anak Mak Ngah.


Pemergian Tn. Hj. Ayob buat selama-lama nya masih di rasai...tapi itu lah ketentuan dan perjanjian kita dengan Illahi.
Semoga roh Tn. Hj. Ayob (Suami...Abah...Atuk) di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh.
Al-Fatihah.


No comments: