Wednesday, July 25, 2007

Kereta Dah Keluar Wad

Hari ni, 25 Julai 2007, kereta dah keluar wad setelah di masukkan hari Jumaat lepas...kira 5 hari 5 malam gak ler.

Apa yang dah dibuat? Overhaul enjin...tukat engine mounting...tukar tabung brake fluid. Timing belt maintain yang lama sebab baru sangat tukar. Minyak enjin tukar yang jenis separuh sintetik...boleh run sampai 8000km.

Dalam masa kereta dok wad tu, dapat ler merasa bawak kereta Datsun 120Y dan Proton Aeroback milik mekanik.

Datsun tu dah sampai Rantau and Seremban aje...aeroback tu sampai ke Nilai sebab kena ke Majlis Perbandaran Nilai. Yang best nya dua-dua kereta manual gear. Mula-mula gelabah gak sampai mati enjin tapi bila dah dapat tempo...memang lancar pemanduan.

Masa mula-mula drive balik kereta Auto tu, kaki dan tangan asyik nak ke clutch and gear pulak. Semua tu kejap aje...nanti biasa ler balik dengan auto car ni.

Sekarang kereta dah di beri nafas baru.

No comments: