Rumah kampung kini sedang melalui proses pengubahsuaian akibat serangan anai-anai yang telah mengganas semasa ketiadaan penghuni. Maklum lah...Pn Hjh Sariah tak ada kat rumah bermula dari Mak Teh berada di Puncak Alam menemani cucu baru.
Hampir keseluruhan dapur dan bilik air serta dinding rumah atas telah di kerjakan anai-anai. Tidak dapat tidak, kena tukar ke dinding batu.
Untuk rekod dan kenangan, lihat siri foto peringkat ubahsuai yang sempat di ambil.

Indahnya kampung kita
Dikelilingi gunung
Bang Jalal; house main contractor sedang sibuk bekerja.
Dinding dapur yang dah di tukar dari papan ke batu
Pandangan dalam dapur mengadap tempat singki
Dinding dapur ke bilik air pun dah tukar ke batu
Pandangan dari dalam dapur mengadap dinding bilik air
Dinding papan bilik air dah di robohkan
Peralatan letrik seperti mesin basuh perlu di alihkan
Atap, kolah dan jamban dah tak ada lagi
Dinding sebelah luar dapur dari rumah Mak Teh
Persediaan untuk bilik air baru...tunggu!
Menjelang Raya Puasa tahun ni, kita semua akan dapat rumah 'baru'...walaupun rumah lama yang telah di ubahsuai. Kos pembinaan akan di tanggung secara bersama...ringan sama di jinjing...berat sama di pikul.
No comments:
Post a Comment