Friday, September 21, 2007

Pasar Ramadan Rembau

1 Ramadan tahun ni kebetulan jatuh hari Khamis, 13 September. Kebetulan pulak, checkup Pn Hjh Sariah kat Klinik Rembau pun hari yang sama; pukul 2.00 petang.

Tengah hari tu, I pun drove to Rembau to pick our First Lady for her scheduled check up. Bang Long pun ada kat kampung masa tu, temankan Wan dia. Kat Klinik, orang tak berapa ramai macam last trip. Still, the procedure tu macam tak sesuai sangat sebab patient kena ambik nombor dan kad pesakit dan bawak ke kaunter yang berkaitan. Patut orang kerja kat Klinik yang buat kerja-kerja ni ...bukan pesakit!

Anyway, lepas dari appointment tu, we all tinjau pulak pasar Ramadan Rembau kat lokasi baru...tepi Masjid Rembau. Mungkin sebab first day, tak banyak sangat gerai yang bukak. Pelanggan pun tak ramai sangat.

Lepas beli makanan untuk berbuka dan barangan kat mini market, we all pun balik ke kampung. Pn Azizah pun dah balik dari sekolah masa tu.

I did not wait sampai waktu berbuka sebab kena balik Seremban. Anyway, tengok ler gambar yang sempat di ambik mas tu.


Stalls sedang di siapkan dan pelanggan pun dah mula datang


Gerai ni nampak well prepared...so we stopped here to buy juadah for berbuka


Tengok berapa lengang nya pasar Ramadan ni


Gerai kebab and roti john ni pun baru nak bukak


Rasa nya, ada members yang dah sampai ke sini sekarang dengan lebih gerai di bukak. Entah ler, buat tepi masjid ni orang berhenti berniaga ke bila masuk waktu solat? Wallahualam...

Saper2 yang lom sampai sini, jengok2 ler.

No comments: