Thursday, May 29, 2008

Ayob Clan di KLIA

Apologies for the late update kisah kita sekeluarga kat KLIA hantar Pn Azizah ke UK. Agak sibuk sikit.

Anyway, lets get straight to the main event tu...

By Friday night, semua rombongan menghantar dah assemble kat Simpang Ampat rumah Pak Lang/ Mak Lang. Beg masih lagi belum di tutup...in case ada barang nak masuk lagi. So, that item will be last.

Masih ada lagi kerja menjahit last minute oleh Pn Azizah kita.


Memang lewat semua orang tidur malam tu. So, pagi tu agak kelam kabut sikit dibuat nya bila terjaga agak lari dari plan asal. Mula2 plan nak solat Suboh kat Mesjid KLIA...bermakna kena bergerak dalam pukul 5.00pagi.

Dek terlewat jaga, Solat Subuh kat S4 jugak akhir nya.

7.11am...Afiqah membantu pack luggage dalam kereta.


Kat dalam, Pn Azizah sedang menutup main luggage setelah buat all the final check.


8.15pagi...rombongan menghatar memasuki tol Nilai...matahari pun dah mula terbit.


8.56 pagi...KLIA dah mula sibuk dengan aktiviti orang nak fly dan orang menghantar.


Berborak2 sambil menunggu untuk check-in baggage


Sofia dengan bunga yang dibawak Pn Mariam sekeluarga untuk Pn Azizah...menung ajer tu!


Liyana dengan Afiqah sharing stories.


Sejak peristiwa rompakan baru2 ni, security kat KLIA dah di tingkatkan.


Group shot dengan rombongan mak kawan Bang Long...mana Pn Azizah?


Keluarga mak kawan Bang Long.


Membetulkan tudung Mak...


10.23 pagi...mula bergerak beramai-ramai ke Departure Gate


Salam sayang dari ibu untuk anak


Salam sayang dari anak pulak untuk ibu.


..dan salam sayang dari keluarga Mama Mariam.


Lastly...dari abang sayang!


Boarding pass check.


Menurun escalator ke check-in gate lagi satu.


Final glance dari Pn Azizah kearah rombongan menghantar.


Selepas bersalaman dengan rombongan Mak kawan Bang Long, we all pun terus meninggalkan KLIA. Perut pun dah lapar sangat sebab tak sempat breakfast pagi tu.

PakTeh suggest and led the way to Nilai for late breakfast.

Gambar tu dalam posting lain pulak lah.

No comments: