Hari Selasa, 25 April 2006 merupakan hari yang amat memilukan buat semua...
Abah tersayang dipanggil mengadap Illahi pada usia 77 tahun akibat serangan sakit jantung. Panggilan daripada mak pada jam 10.30 pagi dalam keadaan cemas memberitahu, 'Abah kau pengsan...cepat balik' masih teriyang-iyang sampai hari ni. Tanpa berlengah-lengah, aku terus menalipon isteri untuk terus mintak kebenaran keluar dari opis.
Setiba dilaman rumah orang dah ramai; ada yang di atas motor, berdiri memandang ke arah ku. Diatas rumah pulak ada lagi orang duduk atas lantai. Hati ni terus berdebar. Langkah demi langkah aku menuju ke bahagian rumah melalui tangga hijau yang selalu ahli keluarga berkumpul untuk bergambar.
Aku menarik nafas panjang untuk mengawal diri ini menghadapi apa yang berat untuk di terima oleh sesiapa saja pun. Di atas sebuah tilam yang di hampar dengan kain batik baru aku melihat tubuh ayah ku terbujur dengan mak sedang membaca ayat Al-Quran. Semua mata memandang ke arah ku. Mak terus bangun dan meluru dan memeluk erat sambil berkata: ' Abah kau dah tak ada...'
Perasaan masa tu hanya Allah Taala saja yang tahu...sedih, binggung, hairan, terperanjat semua nya bercampur. Aku hanya terus melutut dan memegang-megang muka abah yang masih terasa suam walaupun hanya jasad sahaja yang tinggal. Air mata cuba di tahan dengan segala daya yang ada. Aku mesti lebih kuat dan tabah untuk memberi kekuatan kepada semua terutama sekali mak.
Semasa dalam perjalanan pulang aku menalipon kak long, kak ngah, kak lang, fendi untuk memberitahu apa yang mak sampaikan sebelum ni.
Dalam sekelip mata nyawa seseorang boleh di ambil...tak kira masa, usia. Tak kira kaya atau miskin. Tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira yang kita sayang atau tidak. Dah sampai masa akan pergi jugak mengadap Illahi. Ini perjanjian kita.
Dalam kesedihan ini, aku terus menghubungi tempat kerja untuk memaklumkan berita pemergian abah tersayang. Ada jugak kawan-kawan yang mengenali abah yang aku maklumkan.
Aku mula-mula dah mintak pengkebumian di buat petang tu jugak atau malam kalau perlu...tapi di bantah oleh mak. Akhir nya pengkebumian dibuat esok nya.
Semasa memandikan jenazah, aku tenung muka abah puas-puas. Nampak muka yang telah di mamah usia. Ini lah orang yang telah berkerja untuk menyara hidup kami semua. Ini lah orang yang telah menyekolahkan aku. Ini lah orang yang telah menyayangi ku.
Hari ni, orang ini telah pergi buat selama-lama nya. Sedih. Pilu.
Adakah aku telah buat sebanyak mana yang telah di lakukan nya untuk ku?
Adakah cukup balasan ku buat abah?
Semoga roh abah di tempatkan bersama orang yang soleh. Hanya doa saja yang dapat ku iringkan dari sekarang...

No comments:
Post a Comment