Tuesday, January 16, 2007

Ahli Baru Keluarga Ayob-Sariah

Pada 16 Oktober 2006 bermula lah episod baru kehidupan ahli terbaru dalam keluarga Hj. Ayob & Hjh Sariah yang bernama Alisya.

Setelah 8 tahun berumah tangga tanpa mendapat rezeki anak, Alisya di sambut dengan penuh kasih sayang dan hati yang terbuka berkat kesabaran dan usaha melalui JKM di Seremban.

Alhamdulillah, semua proses pertukaran dan dokumen penyerahan berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa gangguan dan perjalanan Alisya ke Seremban pun bermula lah malam 16 Oktober 2006.

Untuk tahun 2006 ni, zakat fitrah bertambah lah seorang lagi yang di sempurnakan di Belangkan. Segala rahsia terbongkar menjelang Hari Raya Puasa apabila Alisya di bawa ke Bintong. Segala macam persoalan di ajukan tentang latar belakang dan kisah Alisya. Bukan main 'glamour' lagi Alisya menjadi ahli termuda dalam keluarga dan muncul pula pada Hari Raya Puasa 2006.

Masa berganti masa, kini Alisya dah pun masuk 3 bulan. Alhamdulillah, kesihatan Alisya baik sahaja. Kehidupan kami pun berubah mengikut keperluan Alisya.

Hari Raya Korban 2006 adalah sambutan Hari Raya ke dua buat Alisya selepas Hari Raya Puasa. Semoga dengan kehadiran Alisya, bertambah seri lah kehidupan kami dan mudah-mudahan dapat kami besarkan nya dengan penuh kasih sayang untuk menjadi insan yang beriman & bertanggung-jawab.

...kisah Alisya akan bersambung.

No comments: