Sunday, January 28, 2007

Sekitar Raya Haji...10 Januari 2006

Kisah Raya Haji ni pun cerita lama sekitar bulan Januari 2006...masa arwah Abah masih hidup. Hari Raya bermula macam biasa dengan aktiviti ke surau untuk solat sunat Hari Raya Korban. Lepas solat kita akan berjalan balik ke rumah sambil singgah rumah Wan.

Gambar-gambar ni di rakam masa Raya tu untuk tatapan semua mengingati Hari tersebut dan kenangan masa arwah Abah masih ada.

Ni gambar arwah Abah dan Mak. Mata kanan arwah ada kesan lebam sebab terjatuh. Tak banyak gambar dia orang berdua di rakamkan...jadi yang ni kira tersangat berharga.


Pn. Faridah dan Mak berposing "cheek-to-cheek"...mesra gitu.


Yang couple ni pun di mintak buat aksi manja...tapi ni ler yang terbaik yang dapat di ambil.


Macam ni ler baru mesra...dua beranak ni...Pn Faridah dengan Azu.


Mat Kool aka Firdaus dalam pelukan ibu.


Orang kuat Pn. Faridah...Nadia.


Dua beradik...Azu & Nadia. Jarang-jarang dapat sama sebab Azu asyik sibuk dengan kerja aje.


Kaum perempuan kat tangga "favourite" semua orang.


Aksi di tangga bersama-sama Aunty Khamisah, Nadia, Nurul & Azu.


SMS oh SMS... Azu


Awat macam letih jer Nadia? Ni pose dengan handphone Nurul kan?


Ni dia mi jawa special...memang sodap! Tanya ler Nurul kalau tak percaya.


Peace sister...pendokong dan penyokong keamanan.


Nurul & Diyana dengan senyum 'maximum' masing-masing.


Tu saje ler serba sedikit gambar masa Raya Korban tahun 2006. Nak cerita pun dah tak berapa ingat lagi...so tatap jer laaa gambar ni.

No comments: