Ingat lagi tak peristiwa setahun yang lalu lebih kurang bulan Februari 2006? Masa tu arwah Atuk masih bersama kita dan dia menyatakan rasa hati nak keluar dari rumah. Semua orang terkejut dan 'panic' dengan luahan hati macam tu dan siapa sangka 2 bulan kemudian, pada 25 April 2006, Allah menjemput nya kembali seperti yang telah di janjikan.
Berbalik pada weekend 25 February 2006, we all (Mama & family, PakTeh and Aunty) bawa arwah Atuk & Uwan makan-makan di Dol TomYam kat Seremban. Terpanggil rasa nya nak belanja semua makan malam tu...nasi putih, lauk ikan masak sweet-sour, sayur, telur dadar and of course tomyam. Memang best makan beramai-ramai masa tu sambil berborak-borak.
Jom kita tengok balik gambar-gambar yang di rakamkan masa tu.
Sambil menunggu makanan yang di pesan, Uwan & Mama berkongsi ilmu. Pinggan dan mangkuk dah ada kat depan tu.
Arwah Atuk di apit Ili dan Aunty Khamisah sembil bersembang-sembang.
Bila makanan & minuman dah sampai, we all pun mula ler makan. Yang order air sejuk ada, air panas ada...macam-macam ada.
Bab makan dengan sudu & garfu, arwah Atuk memang tak kekok. Aunty Khamisah prefer makan pakai tangan...tradisional.
Lepas dinner, semua orang lepak kat rumah PakTeh sebab dah lewat kalau nak travel balik mana-mana.
Esok tu breakfast buns & cakes, ala-ala kat hotel pulak. Aunty Khamisah macam biasa bizi sokmoh menghidang minuman favourite Mama...Teh-O.
Siap main suap-suap kek yang Mama bawak tu...mesraaa!
Meja makan ada, tapi semua orang prefer dok atas lantai...Mama sikit punya rock.
Adik memang suka cake nampak nya.
Leka makan sampai terkena jeans...Mama tak tahan gelak besar tengok seluar adik pun makan cake.
Sebelum balik, ada ler sessi bergambar depan rumah untuk kenang-kenangan.
Yang ni, Ili tolong ambek.
Memang we all had a great time masa tu makan sama-sama. Tapi semua dah tinggal kenangan sahaja bersama arwah Atuk yang pergi buat selama-lama nya 2 bulan lepas event ni. Mari ler kita panjangkan doa semoga roh arwah Atuk di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.




1 comment:
Al-Fatihah... It was abrupt. I wanted arwah atuk to be at the airport on the day i departed here. and i bet he was looking forward to see 2 of his grandsons, bangah and banglang graduate from the police academy. but Allah Maha Kuasa.. kita manusia hanya mampu merancang.
Post a Comment