Saturday, March 17, 2007

MRSM Gemenceh

Baru-baru ni, masa balik dari Gemas, I managed to stop kejap depan MRSM Gemenceh. Kampus baru yang akan jadi tempat belajar Bro. Afiq starting mid-April nanti. Dengar-dengar registration day is on 16 April 2007, hari Isnin pulak tu. Kena ler ayah & ibu ambil cuti nak hantar the youngest hero from Spg4 family.

Tempat tu kalau nak di kira memang sesuai untuk belajar sebab jauh dari bandar besar dan benda-benda yang melekakan. Students kat sini boleh beli keperluan kat Gemenceh, a small town yang ada sederet kedai. Alternatively, Gemas pun tak ler jauh sangat and kedai pun lebih sikit dari Gemenceh.

Kampus baru ni betul-betul tepi jalan utama Tampin-Gemas just after Gemenceh town. Dari segi public transport, rasa nya no problem sangat sebab bas Tampin-Gemas lalu depan sekolah.

Ni gambar main entrance signboard MRSM Gemenceh.


Ni pulak logo MRSM close-up.


The main entrance ada check point/ guard house. Jalan masuk memang lebar tapi the traffic kat jalan besar depan ni memang laju-laju...baik motosikal, kereta atau lori.


Close-up sikit guard house tu...siap dengan direktori macam kampus besar-besar.


Dari jauh boleh nampak dewan besar sekolah. Kedudukan memang cantik sebab lebih tinggi dari jalan besar.


Harap Afiq dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan sekolah berasrama dan meneruskan tradisi keluarga Spg4 untuk cemerlang dalam mengejar kejayaan.

Selamat Maju Jaya to Afiq.

No comments: