Tuesday, December 25, 2007

Gigih Nya Seorang Ibu

Tak lama lagi kita akan masuk ke tahun 2008...memang kita tak sedar berapa laju nya 2007 berlalu. Semua orang selalu bercakap tentang azam ni...azam tu. Nak buat ni, nak buat tu dan bermacam lagi azam. Ada yang masih nak mencapai azam tahun-tahun yang lalu.

Tak apa lah...teruskan azam masing-masing.

Satu azam yang kita kadang-kadang terlepas pandang adalah melihat ibu kita dengan lebih dekat...selami hati dia...berkongsi suka-duka dia. Ini hanya peringatan kepada penulis blog ni aje...boleh di buat iktibar untuk semua.

Renung-renungkan lah tahun-tahun yang telah berlalu...usia kita semua semakin bertambah dan semua telah berubah.

Ni sekadar nak berkongsi gambar-gambar lama untuk tatapan semua...

Ni lah insan bernama emak, wan dan macam2 lagi panggilan untuk kita semua...di kala sihat yang menyediakan bermacam masakan kegemaran anak-cucu. Sebut saja apa masakan, dan beliau akan sediakan


Lihat lah wajah yang sama semasa sakit...hati nya tetap sama, semangat nya tetap sama, kasih-sayang nya pun masih utuh


Makanan sedap tak dapat disediakan...ini lah masa kita menyediakan masakan sedap untuk beliau


Apabila sudah sihat, lihat saja kegigihan beliau di dapur


Walaupun masakan mudah...goreng2, kata nya...tetap menepati citarasa semua


Dari persediaan hingga membersihkan...beliau akan melakukan tanpa rungutan, tanpa suruhan...hanya keikhlasan


Mungkin tak perlu tunggu detik 2008 tiba untuk kita merubah corak kita yang lama. Hari ini dah cukup baik untuk memulakan cara baru.

Dah tiba masa nya beliau merasa masakan anak-cucu pulak. Kalau beliau boleh memahami citarasa anak-cucu, apa lah pulak sebalik nya.

Jom kita pakat berubah...Selamat Tahun Baru 2008.

1 comment:

Tertipu lagi... said...

A'kum Pak Teh and all... Maaf sebab dah sekian lama tak contact semua. But, InsyaAllah I'll make sure to call simpang empat and wan di kampung. Harap semua orang sihat belaka. Itulah, sedar tak sedar kita dah nak meninggalkan tahun 2007. A lot of things happened throughout this year. Yang cucu, ada yang dah memulakan kerjaya masing-masing. For most of us, waktu bersekolah is so yesterday. Tanggungjawab yang baru dan lebih besar mendatang. Suara-suara anak-anak kecil bermain-main dekat depan rumah, bergaduh, menangis dah mula berkurang... well, at least until the next generation pulak~ hehe... zahid pon dah besar dah.. tgk gambar dah pandai jaga lemang, dah ade misai nampak. how's alisya? sure by now she is able to utter some basic words. Sedikit kata-kata Imam Hassan Al-Banna buat tatapan semua. Bunyinya lebih kurang begini, sepanjang hidup insan mereka cuma 3 hari sahaja, semalam, esok dan hari ini. Namun, tiada apa yang dapat dilakukan ketika semalam kerana sudah berlalu, juga esok kerana ianya tidak pasti. Maka lakukanlah sesuatu hari ini kerana itu yang pasti. Salam to all...