Thursday, January 15, 2009

Isu Palestine...

Salamualeikum buat semua warga ayob clan... Along harap semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Baru habis 2 paper exam 7th sem dan masih ada 3 lagi minggu hadapan. Sekadar ingin berkongsi perkembangan isu Palestine yang kini sedang digempur teruk oleh Israel. Dalam sibuk kita dengan tanggungjawab kita seharian sejuah mana kita mengambil berat tentang saudara kita sesama Islam di Palestine? Selain bersimpati dan ambil tahu, apa lagi tindakan lain yang telah kita lakukan?

Alhamdulillah kesedaran dikalangan rakyat Malaysia terutama lagi dengan berkembangnya sistem komunakasi dan internet negara. Kita tidak lagi hanya bergantung kepada media tempatan untuk mendapat perkembangan isu mutakhir yang sedang berlaku.

Baiklah, Along tak nak meleret panjang, cuma nak mengajak warga Ayob clan sama-sama bertindak yang kita termampu, (bukan bermaksud ala kadar, tapi bersungguh-sungguh!) dalam membantu saudara kita di bukan sahaja di Palestine, tapi jugak di Iraq, Checnya, Afghanistan, Sudan, Somalia dan juga di dalam negara kita sendiri. Jadi apa yang boleh dan mampu kita lakukan?

1) Membaca doa' qunut nazilah... click for dua'
Doa ni tak fixed, yang penting dalam arab dan membawa erti kita memohon pertolongan Allah buat semua umat Islam di Malaysia.

2) Rasanya tak terlalu awal kalau kita beri pendedahan dekat warga muda Ayob clan tentang situasi di Palestine. Mungkin dapat menanam sifat syukur dalam diri InsyaAllah.

3) Ringankan tangan untuk memberi walaupun RM 1. Cuma dalam isu ini mari kita berfikir sejenak, sepinggan nasi yang kita makan pon dah berharga RM 4. (pon masih kira murah). Topup RM 30. Saudara kita di Palestine ada yang tak jumpa makanan dan bekalan air bersih dah berhari-hari. Di sini along nak share video "Miniture Earth". Kita sebenarnya mewah!

4) Cuba boikot barang-barang utama yang memberi sokongan kepada Israel. Dalam Khutbah Jumaat lepas Imam Uni Nottingham, Brother Fateh ada menyebut, boikot adalah perkara paling lemah yang mampu kita buat. Jangan nanti diakhirat, kita akan dipertanggungjawabkan atas penganiyaan saudara kita di Palestine!

Alhamdulillah negara kita aman sejahtera dan kita wajar bersyukur kerana ini sepatutnya memudahkan kita untuk lebih beribadah. Tapi kita juga harus sedar betaba besarnya ganjaran mati syahid di jalan Allah dan bukan semua muslim dipilih Allah untuk itu. Brother Fateh juga ada menyebut, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari situasi di Palestine. Mesti ada sesuatu dalam diri rakyat Palestine hinggakan mereka dipilih Allah untuk tergolong dalam golongan syuhada' yang bakal mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak. Memetik kata-kata seorang ibu di Palestine yang baru sahaja kehilangan anak di tangan rejim kejam Israel yang berkata lebih kurang begini... " hanya kepada Allah kami bergantung. Rasulullah pon pernah dikepung ketika di Mekah (higga berlapar dan terpaksa memakan daun-daun pokok dan rumput) dan kini kami cuma mengalami perkara yang sama"


Renugkan, betapa dalam kefahaman umat Islam Palestine tentang Islam, sirah Rasulullah dan erti sabar. Buat warga muda ayob clan yang ingin menjadi Doktor, di sini ada interview Al-Jazeera dengan Dr. Jameelah Mahmoud dari Malaysia yang membawa misi bantuan Malaysia MERCY ke Rafah (sempadan Mesir-Palestine) baru-baru ini. click!
Allahua'lam

1 comment:

mrs ahg said...

wat yg terbaik! chayok!