Tanpa kita sedari, banyak perkara yang sudah berubah dalam kehidupan seharian kesemua ahli ayob clan. Bangah Faiz sudah pun mendirikan rumah tangga dan esok, Banglang Firdaus bakal mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati dari Ijok. Bagi yang muda, umur sudah semakin meningkat, dari kanak-kanak meningkat remaja, remaja ke dewasa, dan dewasa ke golongan vateran. Yang pasti tanggungjawab yang disandang dibahu semakin bertambah dan insyaAllah mematangkan diri.
Bagi Along, kehidupan sebagai seorang pelajar universiti bakal berakhir tidak lama lagi. Cepat betul masa berlalu. Sewaktu baru tiba UK dahulu, masih teringat pesanan seorang teman, "Manfaatkan masa sebagai seorang pelajar. Inilah masa terbaik untuk menimba ilmu dan pengalaman berharga. Waktu ini juga yang perlu kita manfaatkan untuk membina identiti siapa diri kita dewasa nanti." Tempoh itu sudah semakin tamat, dapat Along masih rasa masih banyak objektif yang masih belum tercapai.
Kalau disingkap sejarah Islam, golongan mudalah yang paling banyak bawa perubahan kepada Islam. Sultan Mehmet Al-Fateh berjaya menakluk Constantinople ketika berusia awal 20-an. Saidina Ali paling muda memeluk Islam dan menggantikan tempat tidur Rasulullah. Kalau dilihat remaja Palestine begitu berani berjuang untuk agama pada usia belasan tahun lagi.
Maka, sama-samalah kita semua berusaha menjadi insan yang bermakna bukan saja untuk diri sendiri dan keluarga, tapi juga masyarakat, negara dan paling penting sekali Islam.
p/s: Sedekahkan Al-fatihah buat arwah atuk.
Saturday, May 02, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment