Tuesday, February 10, 2026

Tahun Berganti Tahun Dalam Famili Ayob Clan

Posting ini di buat pada 10 Februari 2026 bagi memulakan blog AyobClan yang dah sekian lama menyepi. First post adalah pada 20 Jan 2005 dan post terakhir adalah pada 2 Mei 2009. Dalam tempoh 4 tahun tu 74 bilangan post telah di buat.

Sejak 2009, blog ni terus menyepi. Mungkin sebab ramai tak mengetahui wujudnya blog famili AyobClan ini. Mungkin platform Blogger ni tak ramai yang biasa. Semua tu boleh diubah. Ambil sedikit masa saja nak memahami format blog ni. Setakat ini, yang menjadi penyumbang hanyalah PakTeh dan BangLong Fairuz.

Mungkin sudah sampai masanya, penyumbang baru hadir bagi memeriahkan blog famili kita ini.

Posting boleh dibuat dalam bahasa yang masing2 selesa, BM pun boleh, BI pun boleh dengan loghat tempatan jika nak. Yang best nya, boleh letak gambar bagi menambah kecerian posting dan penceritaan.

Dah banyak event telah berlalu dalam tahun2 yang lepas tanpa ada apa2 rekod sebagai kenangan dan bacaan ahli keluarga dalam tahun2 akan datang.

Masih tidak terlewat untuk memulakan langkah baru. Sekarang pun baru bulan Februari 2026 (20 tahun dah berlalu sejak blog ni dimulakan). Jom kita sama2 meyumbang dan memeriahkan blog famili ini.

Boleh jer PM PakTeh untuk dimasukkan sebagai penyumbang (contributor). Mula simple2 jer duu sebagai permulaan dan bina dari situ.

Post pertama PakTeh pun pendek jer (sini: https://www.blogger.com/blog/post/edit/10259024/110615757387513899?hl=en)

Looking forward nak dengar & baca corat-coret ahli lain jugak.


PakTeh
2 Feb 2026

p/s BangLong Fairuz: Boleh dah post blog dari Sabah dan share kisah semasa di NZ dulu jugak.


No comments: