Friday, February 20, 2026

Ramadan Sudah Tiba

 

Pasar Ramadan Kg Baru

Alhamdulillah...kita semua sudah menjalani ibadah puasa untuk hari pertama bulan Ramadan 1447H dan telah menunaikan ibadah solat terawih hari ke-2 yang unique hanya ada di bulan Ramadan.

Bagaimana hari pertama berpuasa semua? Dah ada yang sempat ke PaRam untuk membeli juadah berbuka puasa? Boleh lah sesiapa yang ada cerita PaRam share kisah di blog ni.

Antara makanan popular di bulan Ramadan adalah murtabak, roti john, ayam golek/ percik. Kuih yang popular seperti kuih pelita, ondeh-ondeh, samosa dan sebagainya.

Kalau di Seremban ni, PaRam yang popular adalah di Senawang, Ampangan dan Paroi Jaya. Mydin Senawang pun ada pasar Ramadan di buat di parking mereka.

Pilihan makanan dan kuih-muih lebih kurang ajer; kebanyakan gerai akan menyediakan makanan hampir serupa. Yang rajin berjalan boleh lah memilih gerai yang menawarkan harga berbaloi - rasa tu kena lah gamble jer...berbuka puasa nanti baru tahu rasa ikut tekak atau tidak.

Selamat Berpuasa hari ke-2 pada hari Jumaat pertama bulan Ramadan tahun ini. Moga ibadah kita diterima Allah.

PakTeh
Seremban
20 Feb 2026
2 Ramadan 1447H

No comments: