Wednesday, February 18, 2026

Ramadan Ini...

Hari ni pengumuman Pengisytiharan Permulaan Tarikh Puasa Tahun 1447H/2026M bagi umat Islam di Malaysia iaitu pada 19 Februari 2026 (Khamis) telah dibuat seperti biasa oleh Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Maka InsyaAllah kita ada satu hari lagi untuk makan siang. Malam esok kita dah mula berterawih di surau/ masjid ditempat masing2. Ambil peluang untuk berterawih secara berterusan sebab tiada bulan lain yang ada solat terawih kecuali Ramadan.

Satu lagi yang kita boleh cuba sedaya upaya adalah membaca al-Quran sebab bulan inilah al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi manusia.

Antara keistimewaan bulan Ramadan lagi adalah pintu syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup rapat dan syaitan di belenggu.

Bulan Ramadan juga adalah bulan pengampunan dosa; sesiapa yang berpuasa dengan iman dan mengharap keredaan Allah, nescaya akan diampunkan dosa2 nya yang terdahulu.

Keistimewaan bulan Ramadan adalah terdapat satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar لَيْلَةُ الْقَدْرِ Berdoalah dari awal Ramadan agar kita diketemukan dengan malam tersebut. 

Setiap amalan fardu dan sunat diberi ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari bulan2 yang lain.

Doa orang yang berpuasa adalah mustajab, terutama ketika berpuasa.

Bulan Ramadan juga special sebab ada solat terawih. Bak saranan Ustaz dalam kuliah, jika nak ke shopping mall pun, carilah tempat yang ada buat solat terawih. Kalau tidak pun, drop off wife kat mall dan terus ke masjid dan pickup lepas terawih.

Apa2 pun, selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan ini. Moga ibadah kita diterima Allah. Jadikan Ramadan ini lebih baik dari yang telah lalu.


PakTeh
18 Feb 2026


No comments: