Bila dah makin dewasa dan pembacaan makin luas baru semakin faham bagaimana sejarah pembentukan kepelbagaian suku-suku di sini, yang umumnya datang dari orang-orang yang asalnya berkelana dari Sumatra Barat beratus-ratus tahun lamanya.
Jadi hujung tahun 2024 lepas, rasa nak tengok sendiri asal usul nenek moyang dulu, yang secara asas sejarahnya memang Kepulauan Melayu, Pulau Sumatra, Kepulauan Jawa seperti Kerajaan Demak, juga Pasai semuanya adalah serumpun dan saling berkait rapat.
Kepulauan Nusantara ni terutama Melaka memang sinonim sebagai medan entrepot dagang yang masyhur, di mana kapal-kapal sejauh dari China dan Arab pun sudah biasa membelah Selat ini. Dan sejarah juga mencatatkan sempadan ini direntas atas pelbagai sebab antaranya perkembangan ilmu Islam, faktor perdagangan, perkahwinan budaya dan juga siri-siri peperangan dan perluasan kuasa yang panjang terutama selepas permulaan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka daripada Portugis.
Maaf, jauh pulak throwback nya. Kat sini eden nak kongsi sedikit gambar2 yang sempat dirakam seperjalanan eden di Padang dan Bukit Tinggi.
Secara umumnya memang kita ada sedikit sebanyak ada berkongsi persamaan dengan orang-orang di sana. Lenggok bahasa, nama tempat, dan juga identiti warna (hitam, merah,kuning). Ikon haiwan pun sama kerbau haha .
Cumanya nama suku-suku kita sebenarnya adalah nama nama tempat di sana. Bila bertanya dengan orang-orang tempatan, mereka kata ini mungkin atas sebab untuk memudahkan waris kemudian menjejaki kembali dari mana asal tempat moyangnya yang merantau dulu. Dan rupanya Kambupaten tanah Datar adalah daerah yang paling tua sekali di sana.
Tapi antara memori yang paling tak boleh lupa apabila kami singgah makan di satu kedai yang terletak jauh di Lembah Harau dekat dengan Kota PayaKumbuh, tiba2 rasa rendang daging tu pun memang sebijik dengan rasa dan gaya masak wan, haha itu memang takkan boleh lupa!

Puncak Lawang dengan pemandangan Tasik Maninjau, berdekatan dengan kampung asal ulama Hamka
Kobau, yang dulunya digunakan untuk menggiling tebu secara tradisional
Okayla, saje nak berkongsi serba sedikit mengenai kembara di Sumatra Barat dalam nak memahami dan menjiwai asal usul perkembangan adat dan budaya di tanah negeri sendiri. akhir kalam, eden akhiri
Okayla, saje nak berkongsi serba sedikit mengenai kembara di Sumatra Barat dalam nak memahami dan menjiwai asal usul perkembangan adat dan budaya di tanah negeri sendiri. akhir kalam, eden akhiri
dengan sedikit renungan dari pantun penuh makna ini..
Andai roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai di kata,
Badan dan nyawa hamba berikan

.jpeg)






.jpeg)
4 comments:
Tahniah Zaid. Penceritaan bersama foto yang cukup menarik. Syiok baca kisah persamaan budaya dan makanan (rendang) tu. Kalau arwah uwan ada pasti dia tersenyum dengar cerita rasa rendang sebijik macam arwah uwan masak.
Syabas Zaid... Paksu dah lama terfikir pasal Tanah Datar nie.. cuma asal keturunan kita 4 generaai pun masoh lagi asal di Malaysia. Tak tahu sebenarnya bila asal keturunan Tanah Datar mula bertapak di Negeri Sembilan
Tu lar. Kita pun dah tak ada reference dari atok/ nenek nak bertanya salasilah dan asal usul famili termasuk penghijrahan ke Malaysia.
Penghijrahan orang² Sumatera ke Malaysia esp. Rembau berlaku pada Abad ke 14-16 masihi. Lama benau kalau trackdown..hahhahaha
Penghijrahan orang² Tanah Datar dan Paya Kumboh dari Sumatera ke Rembau dan perkahwinan dgn orang² tempatan sehingga wujud suku² Minang di sini.
Tahun 1773 sistem beraja bermula di N9 setelah dipisahkan dari naungan kerajaan Johor-Riau.
Raja Melewar dari PayaKumboh dilantik menjadi Yang DiPerruan Besar yg pertama di N9
Post a Comment