Dalam kemeriahan kemerahan lampu dan hiasan untuk CNY yang jatuh pada hari Selasa, 17 Feb 2026 kita juga tak kurang sibuk menyediakan diri untuk berhadapadan dengan bulan Ramadan yang bakal bermula pada CNY hari ke-2 (Rabu).
Sekolah pun ambil cuti pada hari Isnin, bermakna ada 3 hari cuti sebelum sambutan CNY. Kesempatan ni juga diambil oleh rakyat Malaysia untuk ambil cuti selepas CNY sama dengan yang menyambut CNY untuk travel balik kampung atau bercuti.
Yang tetap jam nanti adalah laluan highway ke pantai timur, utara-selatan. Bukan saja yang menyambut CNY yang memenuhi highway tetapi hampir seluruh rakyat Malaysia. Bila lagi nak ambil cuti 3 hari (Isnin, Khamis & Jumaat) dapat 9 hari terus cuti panjang.
Bagi yang nak travel tu berhati2 dan banyak bersabar terutama bila menempuh jam. Jangan terikut2 rentak pemandu yang kurang sabar memotong kiri/ kanan macam lah boleh jimat berjam2 waktu perjalanan. Chill2 jer laa kan?
Kalau dulu2 kita sibuk hari 'mantai', rendang, lemang, ketupat dan pelbagai juadah sebab semua pakat berkumpul malam pertama berterawih dan bersahur.
Sekarang masing2 dah berkeluarga dan ada komitment tersendiri. Jika ada kesempatan nak balik berkumpul tu elok jer balik jenguk ibu/bapa masing2.
Kita hanya mampu menyimpan memori2 ini dalam foto dan dihati. Setiap kita ada kenangan dan memori tersendiri yang tidak dapat kita lupakan di Kampung Bintong ini. Jadi bagi anak2, ambil kesempatan berkumpul dalam cuti ini jika masa dan keadaan mengizinkan.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan dan Berpuasa buat semua ahli AyobClan. Sehingga kita berjumpa dalam suasana keluarga di perjumpaan keluarga dimasa terdekat ini.
Salam dari Seremban.
PakTeh
13 Feb 2026


2 comments:
macam mana nak hantar permohonan jadi contributor?
Bila dah berjaya nanti tolong update.
Post a Comment