Monday, June 27, 2005

Blok G5 Tingkat 8 PPH ... Dalam Kenangan

Semasa menulis blog ni, Pn Faridah & Family dah settle down dalam rumah baru mereka kat Pelangi Semenyih setelah dok kat PPH Blok G5 selama lebih 20 tahun!
Rasa nya kenangan yang mereka lalui lebih banyak dari kita semua yang cuma sekali-sekala je jenguk ke tingkat 8 tu. Itu pun bila ada gathering Hari Raya atau berkumpul lepas pi rumah kenduri dekat-dekat situ.
Bila di kenangkan balik, banyak yang dilalui di Blok G5 Tingkat 8...
Bermula dari Azu sampai ler ke Asyraf... semua nye membesar di sana. Bersekolah di kawasan berdekatan. Naik lori pulak tu! Dia orang mesti tak boleh lupa kenangan tu yang akan di bawa dalam hidup mereka.
Macam tu jugak kenangan mengangkut air dari bawah ke tingkat 8!! Tu ler masalah duduk rumah bertingkat-tingkat. Lif rosak satu hal lagi...menapak naik ke tingkat 8 bukan ler satu exercise yang di gemari tapi apo nak di kato... dah terpaksa!
Di sini juga ler Pn Faridah & famili turun-naik dan kejar bas nak ke KL atau balik kampung... dengan barangan/ muatan serta anak-anak yang kecik-kecik. Alhamdulillah dengan berkat sabar, rezeki pun sampai dan kisah turun-naik bas berakhir bila kereta pertama mereka tiba...Proton Saga. Warna biru laut...ingat lagi. Dari situ pengangkutan mereka berubah ke Iswara dan kini Waja. Memang banyak sabar terpaksa di tempuhi dalam hal transport ni.
Rasa nya peristiwa yang tak dapat dilupakan Pn Faridah ialah bila baby yang lahir pre-mature yang hanya melihat dunia sehari dua aje... sabar ler. Segala-gala nya berlaku atas ketentuan Dia.
Memang banyak lagi peristiwa yang boleh di catatkan dalam blog ni...tapi biar ler kisah-kisah ni di tulis oleh mereka sendiri. Nanti kene ler Pn Faridah pasang internet atau pi Cyber Cafe nak tulis atau baca blog.
Camana pun...semuga Pn Faridah & Famili gembira di rumah baru mereka.
Kita berjumpa di Pelangi Semenyih pada 2 Julai 2005 ni.
PakTeh.

No comments: